Tuesday, November 5, 2019

KONGSI² RESEPI



Bismillah..

Resepi pertama akan umi share ialah ..

ASAM PEDAS MELAKA

suka ke suka... 😉



ASAM PEDAS MELAKA
(Utk 2 org makan)

BAHAN²



cili kering segengam
Sebiji/2 biji bawang besar (tgk pd saiz)
3ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 jari belacan (suka lebih blh tambah)
1 btg serai
*Lengkuas nak guna blh x nak pun xpe (sikit je lbh krg 1/4 inci)
2/3 helai daun limau purut
Minyak utk menumis
Air asam jawa (wajib ada)
Air
Gula, garam ,perasa
Ikan (pilihan anda)

Cara ²:



1- bland cili, bawang, halia ,kunyit ,belacan serta lengkuas (kalau ada)

2- ketuk hujung serai (jgn bland)

3- panaskan kuali/periuk , masukkan minyak

4- tumis semua bahan yg di bland bersama serai yang diketuk tadi. Tunggu hingga betul² garing ...

5- masukkan air nak pekat, kurangkan air, suka kuah cair ... Cuma tambah kan air je.

6- dah mengelegak.. masukkan ikan ..masukkan air asam jawa... Ok part ni penting ye... Air asam kena biar ada rasa sedikit masam pd kuah..jgn xde rasa nanti tak jadi asam pedas lew..

7- ok lepas tu masukkan gula, garam dan sedikit bahan perasa (tak kisah la brand apa pun) * bagi balance rasanya ..manis, masam ye.

8- masukkan daun limau purut (buang tulang tengah utk elak rasa pahit)

9- amacam..boleh ke boleh...

10- tahniah anda dah berjaya memasak asam pedas melaka...

11- jemput singgah ke Dapo Ommi ye kalau tak rajin nak masak sendiri

Tuesday, October 29, 2019

Promo Dapo Ommi di DAPUR KALUT - BORAK KOPITIAM

Alhamdulillah...

Dapo ommi di jemput untuk memasak dan share resepi Asam Pedas secara live 
Dalam rancangan Borak Koptiam slot Dapur Kalut di Jom Heboh, MITC Melaka 
Pada 3hb Nov, 2019.

Jangan lupa tengok di tv3 jam 8pagi 
Dalam rancangan apaaaa... ?

BORAK KOPITIAM la..

Yang tinggal di Melaka boleh ke studio A, Jom Heboh ,mitc Melaka

Orang melaka kan sporting !
Cengini 👍



TERIMA KASIH PELANGGAN YANG DI HORMATI












SENARAI MENU di Dapo Ommi




MENU WAJIB CUBA DAPO OMMI :
Asam pedas L☠️NUN



MENU TAK PATUT DI LEPASKAN :
TALAPIA & BAWAL GORENG PANAS 




ANDA KAKI PED🥵S ?
JANGAN LEPASKAN PELUANG CUBA 
AYAM KICAP CILI PADI



PEDAS² MANJA PUN ADA
AYAM BUTTER MILK
🤗






SET IKAN BAWAL PANAS 
NASI PUTIH
KUAH KARI
IKAN  BAWAL GORENG 
SAMBAL BELACAN
SAMBAL GORENG 
KICAP CILI 
ULAMAN





SET IKAN TALAPIA GORENG PANAS
NASI PUTIH
KUAH KARI
IKAN TALAPIA GORENG
SAMBAL BELACAN
SAMBAL GORENG
KICAP CILI
ULAMAN





BIASA MAKAN MEGGI SUP ?
MUNGKIN TU MEGGI SUP BIASHE²... APA KATA CUBA MEGGI SUP POWER DAPO OMMI PULA .. 🥰



ASAM PEDAS L☠️NUN 
DAPO OMMI

IKAN SIAKAP
IKAN BAWAL
**Kami akan tambah pelbagai jenis ikan secara berperingkat ye..
(Terima kasih kerana faham 🤭)






MEDAN SELERA CHENG BARU
Jalan Cb 1, Taman Cheng Perdana, 75260 Melaka
https://maps.app.goo.gl/BYZsXXFMh8UHvCCXA

Call : 0126919898

Di sebalik Asam pedas L☠️nun dan DAPO OMMI



Bismillahirahmanirahim .

Alhamdulillah,

Berpeluang menulis dan membina blog untuk Asam Pedas L☠️nun .

Hai, saya has atau di kenali sebagai ummi tapi sebutannya seringkali kedengaran seperti Ommi 😄,itulah permulaan Dapo Ommi.

Kami hanyalah sebuah kedai kecil yang
Menjual beberapa juadah termasuk Asam pedas melaka original yang dinamakan "Asam pedas L☠️nun " , Bawal/Talapia goreng panas dll.

Bermula dari gerai payung , Alhamdulillah! Allah tambahkan rezeki anak² ,kami dapat menyewa sebuah gerai makan di bawah Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) , terima kasih pada pihak MBMB kerana membuka serta memberi peluang kepada peniaga jalanan /peniaga kecil seperti kami untuk meluaskan perniagaan dalam keadaan yang lebih selesa.

Setiap masakkan pasti ada rasa yang berbeza , hasil air tangan si tukang masak serta secret resepi yang tersendiri kan 🤗.
Begitu juga dengan Asam pedas L☠️nun (APL) pasti ada rasa tersendiri.

Asam pedas L☠️nun (APL)  merupakan resepi yang ummi pelajari dari Ibu Mertua yang berasal Tg. Batu ,Melaka. Rugi jika lepaskan peluang untuk belajar jika ada sesuatu yang baik kan.. apatah lagi ianya percuma jew..cuma perlukan kerajinan dan kesabaran je 🤭

Bukan sekali ,bukan dua kali masak Asam pedas terus jadi tau, berkali-kali cuba ... Berkali-kali juga gagal untuk dapatkan rasa yang di luluskan oleh en.suami 😄, tapi bila ada kesabaran, bila ada kesungguhan dan minat .. akhirnya dengan izin Allah ,ummi BERJAYA !!!

Itu lah sedikit sebanyak intro bagi anda mengenali Dapo Ommi, dan yang penting anda wajib try dan inshaAllah pasti  terpikat dengan Asam Pedas L☠️nun (APL).

Oh..di gerai kami juga menyediakan juadah TALAPIA dan BAWAL goreng panas.. ,
Butter chicken
Ayam kicap cili padi
Meggi sup power
Masakkan bergoreng
Dan beberapa menu lain lagi

Apa pun jemput singgah ke gerai kami dan rasai masakkan yang di sediakan dari hati , di masakkan dengan kasih sayang 🤗

LOKASI :

GERAI MBMB
NO.2
MEDAN SELERA CHENG BARU
Jalan Cb 1, Taman Cheng Perdana, 75260 Melaka
https://maps.app.goo.gl/BYZsXXFMh8UHvCCXA


Waktu Urusniaga : 9pagi - 5petang
Setiap hari (kecuali ISNIN)

FOLLOW IG & FB

www.facebook.com/asampedaslanun

www.instagram.com/dapoommi

DAPO OMMI
atau boleh search fb : @Asam pedas lanun.



KONGSI² RESEPI

Bismillah.. Resepi pertama akan umi share ialah .. ASAM PEDAS MELAKA suka ke suka... 😉 ASAM PEDAS MELAKA (Utk 2 org makan) ...