Tuesday, October 29, 2019

Di sebalik Asam pedas L☠️nun dan DAPO OMMI



Bismillahirahmanirahim .

Alhamdulillah,

Berpeluang menulis dan membina blog untuk Asam Pedas L☠️nun .

Hai, saya has atau di kenali sebagai ummi tapi sebutannya seringkali kedengaran seperti Ommi 😄,itulah permulaan Dapo Ommi.

Kami hanyalah sebuah kedai kecil yang
Menjual beberapa juadah termasuk Asam pedas melaka original yang dinamakan "Asam pedas L☠️nun " , Bawal/Talapia goreng panas dll.

Bermula dari gerai payung , Alhamdulillah! Allah tambahkan rezeki anak² ,kami dapat menyewa sebuah gerai makan di bawah Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) , terima kasih pada pihak MBMB kerana membuka serta memberi peluang kepada peniaga jalanan /peniaga kecil seperti kami untuk meluaskan perniagaan dalam keadaan yang lebih selesa.

Setiap masakkan pasti ada rasa yang berbeza , hasil air tangan si tukang masak serta secret resepi yang tersendiri kan 🤗.
Begitu juga dengan Asam pedas L☠️nun (APL) pasti ada rasa tersendiri.

Asam pedas L☠️nun (APL)  merupakan resepi yang ummi pelajari dari Ibu Mertua yang berasal Tg. Batu ,Melaka. Rugi jika lepaskan peluang untuk belajar jika ada sesuatu yang baik kan.. apatah lagi ianya percuma jew..cuma perlukan kerajinan dan kesabaran je 🤭

Bukan sekali ,bukan dua kali masak Asam pedas terus jadi tau, berkali-kali cuba ... Berkali-kali juga gagal untuk dapatkan rasa yang di luluskan oleh en.suami 😄, tapi bila ada kesabaran, bila ada kesungguhan dan minat .. akhirnya dengan izin Allah ,ummi BERJAYA !!!

Itu lah sedikit sebanyak intro bagi anda mengenali Dapo Ommi, dan yang penting anda wajib try dan inshaAllah pasti  terpikat dengan Asam Pedas L☠️nun (APL).

Oh..di gerai kami juga menyediakan juadah TALAPIA dan BAWAL goreng panas.. ,
Butter chicken
Ayam kicap cili padi
Meggi sup power
Masakkan bergoreng
Dan beberapa menu lain lagi

Apa pun jemput singgah ke gerai kami dan rasai masakkan yang di sediakan dari hati , di masakkan dengan kasih sayang 🤗

LOKASI :

GERAI MBMB
NO.2
MEDAN SELERA CHENG BARU
Jalan Cb 1, Taman Cheng Perdana, 75260 Melaka
https://maps.app.goo.gl/BYZsXXFMh8UHvCCXA


Waktu Urusniaga : 9pagi - 5petang
Setiap hari (kecuali ISNIN)

FOLLOW IG & FB

www.facebook.com/asampedaslanun

www.instagram.com/dapoommi

DAPO OMMI
atau boleh search fb : @Asam pedas lanun.



No comments:

Post a Comment

KONGSI² RESEPI

Bismillah.. Resepi pertama akan umi share ialah .. ASAM PEDAS MELAKA suka ke suka... 😉 ASAM PEDAS MELAKA (Utk 2 org makan) ...